AKTIVITI-AKTIVITI PERINGKAT SEKOLAH
Semenjak SKTP dibuka pada 5 Januari 2004 beberapa aktiviti telah dijalankan sama ada aktiviti yang melibatkan guru - guru sebagai warga pendidik mahu pun murid-murid selaku warga didik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kalangan guru-guru adalah menjurus kepada peningkatan P & P dan penggunaan alat-alat ICT dalam P & P sesuai dengan tuntutan zaman kini.
14 FEBRUARI 2004

PERKEMBANGAN STAF 1

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Disampaikan oleh En Baharuddin Yasir, PK Kokurikulum

 

17 RABIULAWAL 1425H / 7 MEI 2004

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Penceramah Undangan Ustaz Mohd Izwan Yusof duduk diapit oleh Pn Hjh Radziah dan En Badrol Hisyam. Warga didik SKTP berselawat beramai-ramai. Bersempena sambutan Maulidur Rasul juga diadakan pertandingan-pertandingan seperti Bercerita kisah Tokoh-tokoh Islam (T 4), Kuiz (T 3, Tilawah Al Qur'an (T 4), Nasyid (T 3 & 2).
17 MEI 2004

SAMBUTAN HARI GURU

'Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan'

Pn Adonie Adnan, Guru Besar mengetuai bacaan ikrar guru. Senamrobik guru  bersama murid  di Dataran SKTP.

7 JULAI 2004

PERKEMBANGAN STAF 2

Sistem Abacus dalam P & P Matematik Tahun 1

Gambar akan menyusul kemudian, harap maaf Gambar akan menyusul kemudian, harap maaf