PENOLONG KANAN KURIKULUM

 

PN HJH RADZIAH BT MOHAMED

Anak kelahiran Kluang, Johor pada 23 Oktober 1955. Memulakan alam persekolahan rendah di SRK Tengku Mariam, Batu Pahat. Selepas itu menyambung pelajaran di peringkat menengah di SM Temenggong Ibrahim dan Sekolah Tinggi di bandar yang sama.

Setelah tamat Tingkatan Lima dengan memperolehi MCE dan memasuki salah sebuah maktab perguruan untuk menjadi seorang pendidik.

Berbekalkan pengetahuan yang diperolehi di maktab perguruan maka beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di SM Katholik, Gajah Berang, Melaka dari 3.01.1978 hingga 14.03.1979. Disebabkan keinginan yang kuat untuk mengikut suami ke Amerika Syarikat beliau telah diberi kelulusan berhenti perkhidmatan sebentar dari 1979 - 1981.

Beberapa tahun selepas kembali ke tanah air, beliau telah memohon mengajar semula di SM Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang dari 1984 - 1997.

Kemudian bertukar ke SM Datuk Hj Abd Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari 1998 - 1999. Sekolah yang paling singkat sekali berkhidmat adalah di SM Taman Medan, Petaling Jaya pada 2000 (4 bulan sahaja).

Seterusnya beliau bertukar pula Daerah Hulu Langat di SM Jalan Reko, Kajang dari 2000 - 2001. Setelah begitu banyak pengalaman mengajar di sekolah menengah akhirnya beliau mencuba pula di sekolah rendah. Sekolah Rendah pertama beliau adalah SK Batu Sembilan dari 2002 hingga 2003 sebelum bertukar ke SKTP.

   

CLICK HERE FOR PK HEM SITE