SEJARAH SK TAMAN PUTERI

 

Sekolah Kebangsaan Taman Puteri ditubuhkan pada 16 November 2003 dan mula digunakan pada 2 Januari 2004. Sekolah ini bermula dengan bilangan murid seramai 225 orang dan 18 orang guru serta 2 orang staf sokongan. Murid-murid terbahagi kepada 2 kelas Tahun 1, 2 kelas Tahun 2, 2 kelas Tahun 3, dan 2 kelas Tahun 4; menjadikan jumlah kelas adalah 8 buah.

 

Nama sekolah ini diambil bersempena nama sebuah taman perumahan yang akan dibina di sekitar sekolah ini iaitu Taman Perumahan Taman Puteri. Dari segi lokasi, sekolah ini terletak dalam Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan kondominium Venice Hill, Cheras, Selangor Darul Ehsan; serta tidak jauh dari dua sekolah jiran iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs dan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya.

 

click here for tuan rumah site