PENOLONG KANAN KOKURIKULUM | ||
EN BAHARUDDIN B. YASIR (GURU BIMBINGAN) |
||
Anak Johor
ini telah dilahirkan pada 23 Disember 1965 di Batu Pahat. Beliau telah
mendapat pendidikan awal di SRK Limpoon (1) sebelum memasuki sekolah
menengah di SM Sains Johor, Kluang.
Beliau yang mempunyai kelulusan SPM telah mendapatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan perguruan beliau ditempatkan mengajar di SK Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur dari 1988 - 1995. Kemudian beliau bertukar ke SK Taming Jaya, Balakong, Selangor dari 1995 - 1996. Beliau mengajar di sekolah-sekolah yang tidak jauh dari sekolah sebelumnya. Pada tahun 1996 beliau mengajar pula di SK Taman Muda, Ampang sehingga 1998. Sebelum bertukar ke SKTP ini beliau telah mengajar di SK Taman Cuepacs, Cheras, Selangor selama lebih 5 tahun (1998 - 2003). |
||