TUAN RUMAH
 

Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah terpilih sebagai tuan rumah 'ENGLISH LANGUAGE COMPETITON 2004 FOR PRIMARY SCHOOL CHERAS ZONE  pada hari Selasa, 23 Mac 2004 jam 8.00 pagi. Sebanyak tiga acara akan dipertandingkan:

1. Story Telling (Level 1 and 2): Pengerusi Guru Besar SK Sungai Serai

2. Public Speaking (Level 2 only): Pengerusi Guru Besar SK Bukit Raya

3. Choral Speaking (Level 2 only): Pengerusi Guru Besar SK Cheras Jaya

Jawatankuasa Induk program ini adalah seperti berikut:

Pengerusi

En Mohamad Jafar b. Ibrahim

Guru Besar SK Bukit Raya

Setiausaha

Cik Juliana bt Ahmad Zukhi

SK Bukit Raya

Bendahari

En Abdull Razak b. Mustofah

Guru Besar SK Sg Serai

 

Pendaftaran

Guru Besar SK Taman Cuepacs

 

Hakim

Guru Besar SK Cheras Jaya, Balakong

Persiapan Tempat

Guru Besar SK Desa Baiduri

 

Hadiah & Sijil

Guru Besar SK Sg Serai

 

Kain Rentang

SJKC Batu 9, Cheras

 

P.A.System

Guru Besar SK TAAM

Jamuan

Guru Besar SK Taman Puteri

 

Juruacara

Story Telling: SK Kuala Pomson dan SK Batu 9

Public Speaking: SK Sg Lui

Choral Speaking: SK Bandar Tun Hussein Onn

 

Buku Program

Guru Besar SK Lubok Kelubi

 

Penyampaian Hadiah

Guru Besar SK Taman Cuepacs

 

Dokumentasi (Fotografi)

Guru Besar SK Sg Serai

 

 

JURI RAYUAN

GURU BESAR SK BUKIT RAYA

GURU BESAR SK CHERAS JAYA

 

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Pertama pada 19 Februari 2004 di Balai Wawasan  SK Bukit Raya jam 2.00 petang yang dipengerusikan oleh En Abdull Razak b. Mustofah perkara-perkara seperti di bawah telah diputuskan:

1. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan kepada setiap sekolah yang akan menyertai karnival tersebut. Sekolah-sekolah seperti SK Kuala Pomson dan SJKC Choon Hwa Batu 18 dikenakan sebanyak RM25.00 sahaja kerana sekolah-sekolah ini di bawah enrolmen.

2. Pembahagian bayaran itu adalah peringkat zon boleh menggunakan sebanyak RM40.00 untuk tujuan karnival dan RM10.00 digunakan di peringkat daerah nanti.

3. Semua sekolah digalakkan menyertai ketiga-tiga kategori pertandingan tetapi pihak sekolah dibolehkan membuat pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Bagi acara choral speaking terdapat hanya 7 buah sekolah yang akan menyertainya.

4. Bayaran dan senarai peserta diserahkan kepada Bendahari pada Mesyuarat JK Induk Kali kedua yang akan diadakan sebelum hari pertandingan tersebut dijalankan.

5. Karnival Peringkat Daerah akan diadakan pada 27 Mac 2004 di SK Taman Jasmin.

6. Cabutan nombor giliran peserta juga telah diadakan pada mesyuarat kali pertama ini.

7. Sebanyak 22 buah sekolah terdapat di dalam Zon Cheras ini termasuk 6 buah sekolah Cina.

 

Sebahagian ketua-ketua panitia BI sekolah-sekolah Zon Cheras yang hadir

En Abdull Razak Mustofah, Guru Besar SK Sg Serai mempengerusikan Mesyuarat JK Induk Hari Ko-kurikulum BI Zon Cheras

Para Ketua Panitia BI sekolah-sekolah Zon Cheras yang hadir pada mesyuarat kali pertama di Balai Wawasan SK Bukit Raya

 

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan pertandingan kali kedua di Bilik Mesyuarat SK Taman Puteri yang dipengerusikan oleh En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Raya telah memutuskan perkara - perkara berikut:

  • Menjemput Pn Hjh Siti Zaharah bt Aman, AMN,PJK selaku Pegawai Pendidikan Daerah untuk merasmikan penutupan pertandingan ini.
  • Ketua Hakim akan memberikan ulasan dan komen pada Majlis Penutup di dewan SKTP
  • Bilangan sekolah-sekolah yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah Choral Speaking (5 buah), Story Telling (21 buah) dan Public Speaking (17 buah).

Hadir sama pada mesyuarat ini adalah guru besar-guru besar sekolah berikut:

    1. SK Taman Puteri : Pn Adonie Adnan (selaku Tuan Rumah)

    2. SK Sungai Serai : En Abdull Razak Mustofah

    3. SK Cheras Jaya  : En Shahrudin Lubis

 

 

RESULT FOR ENGLISH LANGUAGE COMPETITION CHERAS ZONE 2004

STORY TELLING (LEVEL 1)

1. SK LUBOK KELUBI

2. SJKC BATU 9, CHERAS

3. SJKC BATU 11, CHERAS

STORY TELLING (LEVEL 2)

1. SK TAMAN CUEPACS

2. SK TAMING JAYA

3. SK B. TUN HUSSEIN ONN

PUBLIC SPEAKING

1. SK TAMAN CUEPACS

2. SK TAMING JAYA

3. SK B. TUN HUSSEIN ONN

CHORAL SPEAKING

1. SK TAMAN CUEPACS

2. SK TAMING JAYA

3. SK B. TUN HUSSEIN ONN

 

DISTRICT LEVEL : SATURDAY, MAC 27th 2004 at SK TAMAN JASMIN, KAJANG

SK Taman Puteri telah terpilih menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Peringkat Daerah. Kali ini bagi Pertandingan Kuiz Kesihatan pada hari Isnin, 24 Mei 2004 bermula jam 9.00 pagi. Sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat bolehlah menghantar peserta seramai empat orang murid yang berada di Tahap Dua. Pemenang akan menerima piala dan Sijil Penyertaan. Pertandingan kuiz ini dijalankan secara bertulis.

En Sharudin Yusof, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat selaku Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dijangka hadir untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang nanti.

Sebanyak 34 buah sekolah di Daerah Hulu Langat telah mengambil bahagian di dalam pertandingan Kuiz Kesihatan Daerah pada tahun ini. Penyertaan tersebut turut disertai oleh tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sebanyak tiga buah sekolah juga. Setiap sekolah menghantar empat orang peserta. Jadi, jumlah peserta adalah seramai 136 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid di Tahap Dua.

Para peserta yang mengambil bahagian dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz secara bertulis dalam bentuk soalan objektif. Mereka dikehendaki menjawab soalan sebanyak 50 soalan dalam masa satu jam. Kemudian pemeriksaan kertas dijalankan selepas itu oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh pihak PPDHL.

Majlis Penutup Pertandingan Kuiz Kesihatan Daerah Hulu Langat telah dilakukan oleh Pn Hjh Rosnani Abdul Aziz, Penyelia Hal Ehwal Murid mewakili En Sharudin Yusof, PPPDHL yang tidak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih penting.

KEPUTUSAN

                         JOHAN                    : SK JALAN 6, BANDAR BARU BANGI

                         NAIB JOHAN            : SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN

                         KETIGA                    : SK SEMENYIH

Terima kasih dan jumpa lagi pada tahun hadapan.

     

CLICK HERE FOR PIBG SITE