SEJARAH SK TAMAN PUTERI
|
||
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri
ditubuhkan pada 16 November 2003 dan mula digunakan pada 2 Januari 2004.
Sekolah ini bermula dengan bilangan murid seramai 225 orang dan 18 orang
guru serta 2 orang staf sokongan. Murid-murid terbahagi kepada 2 kelas Tahun
1, 2 kelas Tahun 2, 2 kelas Tahun 3, dan 2 kelas Tahun 4; menjadikan jumlah
kelas adalah 8 buah.
|
||
Nama sekolah ini diambil
bersempena nama sebuah taman perumahan yang akan dibina di sekitar sekolah
ini iaitu Taman Perumahan Taman Puteri. Dari segi lokasi, sekolah ini
terletak dalam Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan
kondominium Venice Hill, Cheras, Selangor Darul Ehsan; serta tidak jauh dari
dua sekolah jiran iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs dan Sekolah
Kebangsaan Bukit Raya.
|
||
|
|
|